Tuesday, June 12, 2018

Taaruf

Taaruf

Bismillah. 
Assalamualaikum dunia 😂
Memandangkan ini post pertama aku, aku akan mulakan dengan berkenalan. 
       Alright. Nama aku Myyyyyys. Kenapa boleh jadi macam tu? Haa sebabnya aku cuba macam2 nama, tapi yang ni je google terima. Apa mau buat daa😅
Umur aku, cukuplah sekadar korang tahu aku sudah cukup tua untuk melakukan dosa,tetapi sentiasa muda untuk cari pahala.

Sebenarnya, dah lama aku simpan angan2 nak ada blog sendiri. TAPI TAK PERNAH BERHASIL !! Sebabnya aku memang fail bab2 guna blog ni. Dan secara jujurnya, yang ni pon try test. Jadi, sesiapa yang memang pro dan hati terbuka untuk ajar manusia noob macam aku ni, sangat dialu-alukan.!!! 😗

Rasanya sampai situ je kot taaruf kita. Memandangkan pos ni di publish pada 2 hari terakhir Ramadhan, aku teruskan dengan sedikit perkongsian berkenaan 
" RAYAAAAA " 

Alright guys. Actually perkara normal masa raya yang rakyat Malaysia selalu buat is pagi2 raya tu, berkumpul then bermaaf-maafan.  Benda ni memang typically dibuat. Oke, yang ni takde masalah. Yang jadi masalahnye, bila nak bersalam - salaman dengan serada mara, sepupu sepapat, jiran tetangga dan yang seangkatan dengannya. Kadang tu kita tak tahu, " aku boleh salam ke tak pakcik ni " . Chill geng aku hadap benda yang sama. So, macam mana kita nak atasi benda ni? 

Kalau aku, first sebelum pergi rumah sesapa, aku akan tanya siap - siap mak ayah aku rumah yang  nak pergi ni boleh salam ke tidak. Tapi kalau jenis berkumpul ramai2, taktik yang aku buat. Masa mula - mula tu kau buat je macam semua orang tak wujud. Masa ni lah kau perhati dengan sapa kau boleh salam, dengan sapa tidak. Bila agak kau dah faham, baru lah buat ramah salam diorang. Masa tu, kau gunalah ayat " Ehh pakcik, lama tak jumpa. Bila sampai? Tak perasan pun tadi. Pakcik sihat? " Haaaa, automaticly korang bukan sahaja kelihatan bijak sebab tahu yang mana boleh salam, yang mana tidak, korang juga kelihatan peramah dan ceria. See, simple right? 

So, apa pun yang jadi chill je. Mana ada masalah yang tiada solution. That's all untuk first pos aku. Semoga ada sesuatu yang korang boleh ambil sebagai ilmu walaupun sedikit . InshaAllah. 

Jumpa lagi. 
Assalamualaikum.